Khamis, 10 November 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK


1. Taman Kinabalu 

Kinabalu Park merupakan sebuah lokasi permulaan bagi pendaki-pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu. Di lokasi ini, pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide, atau juga menginap di hotel sambil menikmati udara segar, suhu yang sejuk dan juga pemandangan indah Gunung Kinabalu.

Kinabalu-ParkPemandangan indah gunung Kinabalu dari chalet 

Bagi pelawat yang tidak mendaki gunung Kinabalu, anda boleh datang ke sini untuk bergambar berlatar belakangkan gunung Kinabalu, beristirehat  atau melawat Botanical Garden yang ada di sini.

2. DESA Cattle Dairy Farm

DESA Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga sebuah kilang pemprosesan susu lembu dan kambing.

12243582_1688064724764519_6995512691622845617_n
Pemandangan ini seakan-akan ladang lembu di New Zealand



Terletak kira-kira 8km dari Pekan Kundasang, ladang ternakan ini dibuka kepada pelawat untuk melihat sendiri pemprosesan susu lembu. Anda juga boleh merebut peluang melawat tempat ini dengan membeli produk keluaran kilang ini.

Apa yang lebih menarik tentang lokasi ini adalah pemandangan dan suasana yang seakan-akan berada di New Zealand. Oleh sebab itu, ladang ini telah diberi gelaran "Little New Zealand in Sabah".

3. Kundasang War Memorial

Kundansang War Memorial merupakan sebuah istana kecil yang menempatkan tugu memperingati tentera-tentera Australia yang telah terbunuh sewaktu penjajahan Jepun.

IMG_4091
Salah sebuah taman yang terdapat di dalam memorial ini

Lokasi ini terkenal dengan kejadian The Marching Death yang telah membunuh lebih daripada 2000 orang askar Australia. The Marching Death merupakan kejadian di mana semua banduan tangkapan tentera Jepun telah dipaksa untuk berjalan kaki tanpa rehat dari Sandakan hingga ke Ranau.

nice-viw
Kolam air ini penuh dengan syiling yang diletakkan oleh pelawat

Di sini, selain menikmati kisah kejadian tersebut, pelawat boleh bergambar dan membeli pelbagai jenis produk kraftangan.

4. Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu

Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu masing-masing mempunyai pasar yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar dari kebun. Selain itu, barangan kraftangan dan makanan tradisional tempatan juga ada dijual di pasar ini.

DSC_0640
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu
20121115_104310
Pasar Kraftangan yang terdapat di Pekan Nabalu

fruit
Buah-buahan yang dijual di Pasar Pekan Kundasang

5. Kebun Strawberry

Di Ranau juga terdapat banyak kebun Strawberry terutamanya di kawasan Kundasang kerana suhunya yang sesuai untuk penanaman Strawberry. Antara kebun yang dibuka kepada pengunjung adalah Strawberry and Rose Garden dan juga Strawberry Garden.

strawberry9
Buah Strawberry yang terdapat di kebun ini

Selain menikmati pemandangan kebun Strawberry, pelawat juga masuk ke kebun pelbagai jenis bunga yang ditanam di sini seperti bunga Rose.

6. Tagal Luanti

'Tagal' Luanti merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia.

maxresdefault-1

Sebaik memasukkan kaki anda ke dalam sungai, ikan-ikan ini akan mula "mengurut" kaki anda. Anda juga boleh memberi makanan ikan kepada ikan-ikan ini. 

7. Kolam Air Panas Poring

Kolam Air Panas Poring merupakan sebuah lokasi pelancongan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat tempatan Sabah dan juga pelancong asing. Menariknya, air panas yang disediakan adalah air panas yang terhasil secara semulajadi dari bawah tanah.

2

Lokasi ini juga terkenal kerana terdapatnya beberapa tempat menarik yang berada di lingkungan kawasan ini. Antaranya adalah seperti Air Terjun, Taman Kupu-Kupu dan Jambatan Kanopi. Anda juga berpeluang melihat tumbuhan Rafflesia yang tumbuh di kawasan ini.

fixedw_large_2x
Air Terjun Kipungit yang hanya 200 meter dari pintu utama

2-1
Laluan Kanopi Poring yang terdapat di lokasi pelancongan ini

8. Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Kepulauan Borneo dan juga seumpamanya di seluruh dunia. Berbeza dengan suhu yang dingin di Kundasang, suhu di ladang teh organik ini agak panas. Tapi apa yang penting adalah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang anda boleh dapat apabila melawat ladang teh ini.

ladang-teh-sabah-3-web
Ladang teh organik yang terbentang luas

ketikan berada di ladang teh ini, anda boleh melawat ladang teh organik, melihat pemprosesan teh dan juga membeli pelbagai produk keluaran ladang ini.


9. Mesilau Nature Park

Mesilau Nature Park adalah lokasi kedua untuk memulakan pendakian menawan puncak Gunung Kinabalu. Menariknya, lokasi ini merupakan lokasi pelancongan paling dekat dengan kaki gunung Kinabalu dan menjadi habitat kepada spesies terbesar periuk kera, iaitu Nepenthes Rajah.


8036271908_f937be92c0_b
Pemandangan ini dipanggil Mesilau Pinnacles

Pelawat yang berkunjung ke sini boleh berjalan-jalan di kawasan sekitar sambil menikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu. Suhu di tempat ini lebih sejuk berbanding Pekan Kundasang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan