Khamis, 10 November 2016

MAKANAN SABAH

           
NASI LALAP AYAM




Nasi Lalapan adalah antara makanan popular di sabah. Menu utamanya adalah ikan, ayam, ataupun daging yang digoreng, dimakan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman yang segar juga tempe dan tahu. Dihidang bersama nasi yang dikukus lembut pasti membuat anda menjilat jari.



 NASI  BAMBONG





Nasi Bambong ialah makanan biasa yang seperti kita makan, tapi apa yang menariknya makanan ini sangat murah.Sebelum kami menerangkan lebih lanjut apa isi kandungannya, kami perkenalkan dahulu apa makna Bambong. Bambong adalah bahasa yang digunakan di Tawau dengan membawa maksud seseorang tidak mempunyai pekerjaan. Istilah biasa digunakan dalam Bahasa Malaysia ialah penganggur. Jesteru itu nama Nasi Bambong sempena dengan individu yang menganggur (Bambong) dan tidak mempunyai wang yang banyak. Maka dengan itu sinonimnya makanan ini untuk mereka yang menganggur atau bekerja tetapi gaji tidak besar.


 BURAS ATAU BURASAK



Buras atau burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam. Buras mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan