Khamis, 10 November 2016

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK


Gerai ini destinasi wajib singgah dan terletak di sepanjang jalan pekan Kundasang. Terdapat sayuran dan buah-buahan segar yang baru dipetik dari kebun, ia juga turut menjual cendera mata serta kraf tangan untuk dibawa pulang.


Mesilau Nature Park adalah tempat terbaik untuk anda melarikan diri dari kehangatan tropika kerana iklim di kawasan ini adalah lebih sejuk . Ia berada di sekitar 17 darjah Celsius pada waktu siang dan jatuh kepada 10 darjah Celsius pada waktu malam . Taman ini dihuni oleh pelbagai jenis haiwan dan serangga serta tumbuh-tumbuhan antaranya pokok renek yang berbuah, orkid, dan periuk kera.


Anda boleh melawat serta membeli buah strawberry segar di sini. Terletak di Mesilau Kundasang, kawasan ini sememangnya merupakan kawasan tumpuan pelancong yang ingin merasa dan melihat tanaman strawberry ini.



Driving range ini terletak di Pekan Kundasang, dan berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu. Kos bagi aktiviti ini adalah RM0.10 bagi setiap biji bola golf.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan