Khamis, 10 November 2016

PETA KUNDASAN










Kundasang merupakan satu tempat pelancongan yang menarik bagi mereka yang inginkan percutian yang lebih kepada mendekatkan diri kepada alam flora dan fauna. Kundasang juga merupakan destinasi yang akan anda tempuhi melalui jalan darat sekiranya nak keSandakan, Lahat Datu dan juga Tawau.Lokasi Kundasang ini merupakan sebuah pekan kecil di dalam Ranau, Sabah dan sering menjadi tumpuan pendaki-pendaki yang ingin memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Sekiranya anda ke Kundasang melalui jalan darat dari bandar Kota Kinabalu di manamengambilmasa lebih kurang 2 jam memandu,jangan lupa untuk singgah di beberapa tempat-tempat menarik di Kundasang Sabah yang semestinya membuatkan anda kagumdengankeindahan alam semulajadi di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan